Menu wajib aku dibulan puasa ialah Kopi O panas (bukan sebarang kopi tau, kopi cap TV dari Kluang) dan karipap sardin.....ermmm, sedap sangat. Impak makanan ini sangat kuat. Contohnya, apabila aku rasakan dah cukup membeli juadah untuk berbuka puasa, aku pasti akan membeli juga karipap sardin walaupun hanya 3 biji sahaja. haha
Pada hari biasa, agak sukar bertemu dengan karipap sardin yang 5 bintang. Walaupun begitu, karipap yang 3 bintang pun aku bedal juga asalkan karipap sardin.
Aku jatuh cinta dengan karipap sardin ini sejak kecil lagi. Seingat aku, karipap sardin yang dibuat oleh mak rakan sekelas aku-masa di Sekolah Agama Rakyat Kg. Tengah Kluang, untuk jamuan akhir tahun memang tak boleh lupa. Masa itu aku kecil lagi, mungkin dalam umur 9 atau 10 tahun. Ustazah hadkan seorang 1 biji karipap sahaja. Huhu. Kalau tak di hadkan, aku rasa, mahu aku bedal 5 biji haha. Karipap ini, memang best giler, tak pernah lagi aku jumpa karipap sardin yang sesedap ini. Aku bagi 10 bintang :)
Aku menjadi pening untuk mencari karipap sardin (yang hanya ada sardin sahaja) kerana selalunya penjual akan campur dengan kentang. Tapi aku dah jumpa karipap sardin yang isinya sardin sahaja iaitu di bazaar Ramadhan Taman Puan Chik :) Karipap akak ini 5 bintang!