Sabtu, 8 Mei 2010

Perihal Interview SPP

            Aku ditakdirkan menghadiri interview SPP pada 5/5/2010. Lawa kan tarikh tu :) bersamaan dgn hari Rabu. Aku buat persediaan dengan membaca surat khabar yang lepas-lepas. Sebab itu, aku balik juga ke rumah Johor walaupun jauh semata-mata nak ambil surat khabar...ada juga yang aku cari di internet.

             Masa yang padat, tidak banyaklah nak ulangkaji.Hari Isnin sebelum tu 3/5/2010, aku kena jadi pembantu warden pulak, dah x baca apa-apa hari tu. Panik gak, letih pastu tak cukup tidur. Hari Selasa 4/5/2010 pun x baca, petang tu dalam pukul 6, bertolak ke Sepang, sebab nak tumpang tidur di rumah kawan aku, Mell kat Sungai Pelek.

             Sepanjang-panjang perjalanan tu pasang CD kuat-kuat sebab mengantuk sangat dan perut lapar giler. Kawan aku pesan "kalu akak dah sampai Sepang, bagitau tau, nanti abah amik". Aku pun ikut cakap dia. So, setibanya di sign board "Selamat Datang ke Sepang" aku pun berhenti kat kedai makan Ahmad Tom Yam Seafood berdekatan dengan masjid. Waktu tu dah masuk Maghrib. Aku parking kereta, terus telefon kawan aku.
"Ok, aku dh sampai"
"akak tunggu jap, nanti abah Mell datang"

            Aku pun tunggulah kat dalam kereta kat tepi kedai tu...(dalam hati nak jer aku turun makan kat sini, tapi aku nak makan dengan Mell sekali). Beberapa minit kemudian, abah Mell pun call.

"Kat mana?"
"Kat kedai makan Ahmad Tom Yam Seafood nih"
"tak nampak pun?"
"jap pakcik, saya tanya orang tempat nih kat mana, ya, sekejap"

          Aku pun turun dari kereta, terus tanya budak kat kedai makan tu..

"Apa nama tempat ni dik?"
"Salak Tinggi"
"hah!" Jauh tak dengan Sungai Pelek?"
"Saya tak tahu kak, saya bukan orang sini..."

          Laa, budak Kelantan rupanya....

          Aku pun call balik abah Mell...

"Saya kat Salak Tinggi, pakcik"
"uishhh, jauh tu...tak apa, ko tunggu situ, pakcik datang"

          Aku pun duduk kat kadai makan tu. Bila budak oder datang...

"akak nak minum apa?
"emmmmm, (sambil fikir nak minum ke tak nak)...akhirnya aku jawab "air suam jelah"
"makan?"
"tak apa, tak nak makan"

           Budak oder tu pun tengok aku...(muka dia menunjukkan 'akak nih betul ke tak') hehe...aku dalam dilema, oder makan, takut abah Mell sampai, nanti kesian pulak pakcik kena tunggu, kalau tak oder...tahan lapar saja lah, perut sudah masuk angin ni...huhu)

          Aku pun duduk kat meja makan tu sorang-sorang sambil tunggu abah Mell sampai. Sempat lah tengok Buletin Utama, TV3. Akhirnya, abah Mell pun sampai...masa nak keluar daripada kedai tu, aku tak lupa nak bayar air suam tu....

"air suam, berapa dik"
"xyah kak, sambil sengih"
"ok, terima kasih"

          Aku pun ikut kereta abah Mell dari belakang, nasib baiklah pakcik tak bawa laju...dh lah malam.,gelap pulak tu, dengan di tambah kesilauan....dalam perjalanan ke rumah Mell tu, sempat singgah isi minyak di Shell, nasib baik gak...aku risau minyak habis...stesen minyak jauh antara satu sama lain. Jalan ke rumah Mell ni tiada lampu jalan, kalau lah kereta rosak tengah-tengah jalan...ishhh, tak tahu nak cakap apa.

          Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah Mell, dengan perut yang lapar giler, aku, Mell dan pakcik keluar makan sekali. Dengan perut yang dah masuk angin ni, aku makan bubur nasi tawar, (memang tawar), air teh O panas dan sate ayam. Sempat lagi berbincang pasal hal-hal kerja, iyelah, dah lama tak jumpa..macam cerita yang hendak di ceritakan..hehe. Tak lupa juga saling menyoal dan membincangkan mengenai PIPP, MEB dan sebagainya.

          Setibanya di rumah Mell selepas makan, aku mandi dan ready untuk menelaah (konon lah tuh). Biasalah lepas mandi, mata ngantuk...aku pun study dengan Mell, macam idea di kongsi bersama....di sulam dengan cerita-cerita di tempat kerja. Banyak nota yang aku bawa, tapi tak terbaca pun...hehe. Pukul 12 malam, Mell menyusun sijil-sijil yang di perlukan dalam fail. Barulah dia perasan, Borang Kew8 yang warna Oren tu, dia tak ambil..Terus dia call kerani, esok dia nak ambil borang kew8 tu.

          Aku bangun pukul 5.15 pagi...fuh, pagi giler :) Kiranya aku tidur 4 jam saja. Siap-siap, pukul 6.30 pagi bertolak ke sekolah Mell dulu, untuk ambil borang kew8 tu. Setibanya di sekolah, terpaksa tunggu pak guard, dia tak sampai lagi. Aku bimbang, takut-takut tak sempat sampai di Politeknik Port Dickson tepat pada masanya-inteview aku pukul 7.30 pg. Bila dah dapat borang kew8 tuh, abah Mell pun pecut ke Politeknik. Aku sampai sana dalam pukul 7.45 pg. Dah lah lewat, takut dia halau, tak bagi masuk je...(to be continued)