Sabtu, 11 Mac 2017

Urut Kaki dan Bekam

Image result for urut kaki


Al-kisahnya, semalam sekolah saya didatangi oleh orang yang buat urutan kaki dan bekam.

Sebenarnya, saya memang dah lama nak buat urutan kaki dan bekam. Tapi, sebab saya ini jenis penggeli, saya pendamkan sahaja.

Korang pernah dengar simpul biawak? Atau ular-ular?

Saya tak pasti adakah saya mengalami simpul biawak atau ular-ular. Orang cakap, kalau kena simpul biawak atau ular-ular ini dia akan baik sendiri.

Masalahnya, dah sebulan saya kena! Sakit giler. Jalan berdengkut-dengkut beb!

So, semalam tukang urut dan bekam datang sekolah. Saya pun cubalah urut kaki. Memang geli. Tapi perasaan sakit diurut itu melebihi daripada geli.

Masa urut kaki, Kak Siti (tukang urut) akan beritahu apa sakit kita, contohnya kencing tak lawas ke, selalu sakit kepala ke, dan macam-macam lagi.

Bila melihatkan lutut saya yang bengkak, Kak Siti cadangkan saya berbekam di lutut.

Erkkk, sebenarnya saya seram dengan bekam, walaupun ada hati nak cuba. Seram tengok darah keluar dari badan. Tapi sebabkan saya tak tertahan sakit lutut yang lama, jadi, saya pun setuju sahajalah untuk berbekam.

Ini adalah pertama kali saya berbekam. Bila cup bekam itu disedut ke kulit saya;

Huiiii mak aiii, sakit weh

Terus saya cakap saya tak nak teruskan. 

Tapi Kak Siti selamba je teruskan, letak cup-cup yang lain.

5 cup atas lutut, 5 cup lagi bawah lutut. Ada jarum akupuntur 3 batang. Erkkk

Darah pekat ada, darah cair pun ada.

Darah pekat itu darah kotor. Darah cair itu pulak ialah darah yang berasid.

So far, lepas bekam tu rasa lega sikit. Alhamdulillah.

Balik kena tuam bawah lutut sebab urat dah keras. Iyelah dah sebulan sakitnya.

Bukanlah lepas bekam itu boleh berlari ye.

Duit hangus semalam:
  • Urut kaki = RM10
  • Bekam 10 cup = RM150 (1 cup RM15)
  • Gel Herba = RM20
  • Akupuntur = RM20 
  • Jumlah = RM200
Fuhhhh RM200. Sihat atau duit lebih penting? Mestilah sihat kan??

Saya suka gel herba dia. Tidak melekit. Saya memang tak suka benda-benda yang melekit nih.

Lepas tuam lutut, sapu gel herba itu.



Okeh, siapa nak cuba urut kaki dan berbekam boleh hubungi:
1. Md. Zaki 013-8110264
2. Siti 013-5843255

p/s: sorry takde gambar lutut saya dibekam, bukan apa, takut korang terkejut beruk tengok lutut saya yang bengkak itteeww hehe

7 ulasan:

  1. Saya suka pergi urut kaki. Tapi bekam belum pernah cuba lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah bekam sis, bagus untuk kesihatan ;)

      Padam
  2. mahal jg tu... sy penah bekam, 15 cup br rm70 sis... x penah lg bekas smpi ratus2...

    BalasPadam
  3. tak pernah lg guna bekam.. sbb mostly benda tu keluarkan darah kotor dan kita kan dtg period keluar juga darah tu. hehee. tgk byk lelaki buat dr perempuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun perempuan keluar haid, tapi bekam pun bagus sis ;)

      Padam
  4. Bagus bekam ni boleh buang angin dan lancarkan aliran darah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...